Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 1-Jun-2010 13:33
caca marba
salam...mungkin ramai yg menjeguk page ni tanpa sebarang coretan dr aku
hanya gambor yg menghiasai n3 kali ni...huhuhuhuhu
sbbnya aku terasa sgt la malas utk berkata2...
sesekali layan je la gambor2 je kan...
ekekekekekke
tp mlm ni agak rajin, so aku edit la blk...

terung ni agak lama dlm peti ais
so, ari tu kebetulan x de stok sayur..aku masak la terung ni
1st time aku masak mcm ni..n not bad la



resepi terung goreng bercili

1 biji terung panjang- belah 2 dan hiris menyerong
sedikit ikan bilis-goreng
1 biji bwg besar + 2 ulas bwg putih + sedikit belacan- tumbuk
2 sudu cili kisar

cara:

gaul terung yg telah dihiris dengan garam dan kunyit- goreng hingga agak layu- jgn sampai lunyai!
pastu ketepikan- dlm kuali yg sama, tumis bahan yg ditumbuk
masukkan cili kisar- biar sampai agak garing dan naik bau
masukkan sedikit garam
akhir sekali, masukkan terung yg digoreng td bersama ikan bilis goreng- sebatikan..

dah lama tingin nk buat bawal kukus ni
mmg best
masa nk mkn, perah limau, terasa kelembutan isinya..
sedap!!! resepi dr majalah RASA



resepi ikan bawal kukus

1 ekor ikan bawal
2 sudu kicap cair
sedikit minyak bijan- aku guna megi seasoning
sedikit halia- hiris
2 biji bwg putih- hiris
sedikit lobak merah- hiris

perap semua bahan diatas, kukus selama 15-20 mnt/ sehingga ikan masak
taburkan hirisan daun bwg dan cili merah semasa menghidang
perah limau nipis kalau suka

en garpil x layan kukus2..so aku wat sweet sour ni utk dia



resepi bawal sweet sour

1 ekor ikan bawal saiz besar- digoreng dan letak dlm pinggan
2 biji bwg merah + 2 ulas bwg putih- tumbuk
1 biji bwg besar- hiris
sedikit halia- hiris
1 btg serai- ketuk
2 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
1/2 biji tomato- cincang
2 helai daun limau purut
2 urat daun bwg
1/4 btg lobak merah- hiris halus
1 biji cili merah
sedikit gula dan garam

cara:

tumis bwg tumbuk dan masukkan cili kisar-biar jap sampai agak garing
masukkan sos cili + tomato
sebatikan dan masukkan air skit
masukkan semua bahan lain kecuali ikan dan daun bwg
perasakan dengan gula dan garam
akhir sekali masukkan daun bwg dan terus tutup api
curahkan ke atas ikan yg telah digoreng

nasi goreng USA / nasi goreng daging merah?
yg mana 1?
dua2 sama je kan..ehehehhe



resepi nasi goreng

1 mangkuk nasi putih- sejukkan
2 ulas bwg merah + 2 ulas bwg putih- tumbuk
1 sudu besar cili kisar
2-3 sudu kicap
2 urat kacang panjang hiris halus
1/4 btg lobak merah potong dadu

cara:

panaskan minyak dan tumis bahan2 yg ditumbuk
bila dah garing, masuk la cili kisar + kicap + garam skit (dlm 1/4 sudu teh)
pastu masukkan sayur2
last sekali masukkan nasi- gaul sebati dan rasa dulu sblm angkat
hidangkan dgn telo mata dan daging masak merah (seperti di bawah ye..)

daging merah mkn ngan nasik goreng USA tu



resepi daging masak merah sempoi

1 mangkuk daging rebus
1 biji bwg besar- hiris
2 ulas bwg putih- hiris
sedikit halia- hiris
1/2 biji tomato- hiris
3-4 biji cili padi- belah 2
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu kecil gula

cara;

tumis bwg besar, bwg putih dan halia sampai agak2 naik bau
pastu masukkan cili kisar- gaul2 dan biar jap agak2 cili tu masak
masukkan sos2 dan semua bahan lain + air skit
biarkan sampai agak kering air- leh angkat
kalau nk lebih cun, tambahkan hirisan bwg besar yg dihiris membulat sblm angkat

(kan aku ckp mmg sempoi..keh..keh)

perut lapar n x rasa nk mkn nasi
so aku goreng makaroni
goreng makaroni ni x sedap kalau rempah n bahan sarat mcm goreng mee
simple je...



resepi makaroni goreng- sorang mkn je ye

1 cawan makaroni- direbus dengan 2 cwn air + 1 sudu minyak masak sampai lembut
1 mangkuk kecil daging cincang- leh ganti ngan ayam
1/4 btg lobak merah- potong dadu
1/2 biji tomato- potong dadu
2 biji bwg merah + 2 ulas bwg putih- tumbuk
1 sudu cili kisar
2 sudu sos cili

cara:

tumis bahan yg ditumbuk + cili kisar- gaul sejekap
kemudian masukkan daging + air utk lembutkan
bila dah lembut, masukkan lobak merah + tomato
biar hingga tomato agak hancur, masukkan sos cili + 1/4 sudu teh garam
kemudian masukkan makaroni- sebatikan, rasa cukup masinnya- boleh diangkat

kerabu pucuk paku + tauge...



resepi kerabu pucuk paku

1 ikat pucuk paku- ambil bahagian daun dan btg yg lembut je
segenggam taugeh

(celur kedua2nya)

2 sudu besar kerisik
1 sudu besar cili kisar
1 biji bwg besar- hiris membulat
1 biji cili merah- hiris
sedikit belacan- gaul bersama 1 sudu kecil pes asam jawa
sedikit garam

cara:

gaul semua bahan hingga sebati...

roti buatan sendiri
wpun mcm ala2 konpius ngan rupa bentuknya, tp masih leh dipanggil roti..huhuhu
tak pe...cobaan pertama kali...



en garpil request kopi o utk cicah ngan roti
resepi dr CMG



resepi roti benggali- (kan aku yg penat uli, nape benggali yg dpt nama???)

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti
1 camca besar shortening (lemak sayur)
Secubit garam
120 - 160 ml air suam
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan air suam, yeast dan gula, kacau rata dan biar sebentar. Gaul rata tepung garam dan lemak sayur. Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam beredmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan on, tunggu hingga siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan dan susun dalam dua bekas yang telah disapu sedikit mentega. Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.

tempahan kek kukus
kek coklat dicurah ngan coklat cair dan ditaburi ngan bunga2 cinta..keh2
sebiji RM1- minimum order 20 pcs







yg ni tempahan 500 biji cmc
utk isi dlm goodie beg kenduri kawin
RM0.70 sebiji bersama bekas plastik
kalau tanpa bekas RM0.60 sebiji





017-6376480- shieda



© Pidgin Technologies Ltd. 2016